Anna Jobling Buka Mulut Isu Dalang Sebar Video Parti

Susulan kontroversi finalis Dewi Remaja berparti sakan di kelab malam dan mengambil alkohol di kelab malam awal Januari lalu, salah seorang finalis Dewi Remaja iaitu Anna Jobling dituduh menjadi dalang yang menyebarkan video tersebut.

Susulan itu, akaun Instagram Anna diserang oleh netizen dan rata-rata mereka menuduh Anna mengkhianati kawannya sendiri meskipun tidak mengetahui kesahihan dakwaan tersebut.

Hampir sebulan mendiamkan diri, akhirnya Anna membuka mulut mengenai isu tersebut. Mahu membersihkan namanya, Anna nenafikan dakwaan dia dalang penyebaran video parti itu dan mengegaskan tuduhan itu adalah fitnah.

“Ingin dijelaskan, bukan saya yang sebarkan video itu. Saya nak bersihkan tuduhan ini. Setakat main tuduh saja, semua orang boleh cakap.

“Ia adalah fitnah kepada saya. Tetapi tak mengapa, saya maafkan mereka. Saya hanya mahu ‘move’ dan lupakan semua. Paling penting teruskan bersikap positif dengan orang sekeliling,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Anna turut berasa sedih di atas apa yang telah berlaku apabila masyarakat memandang serong dengan gelaran Dewi Remaja yang dimiliki kerana sepatutnya sebagai Dewi mereka perlu menjadi contoh buat remaja diluar sana.

Biarpun dikecam teruk oleh netizen di media sosial, Anna enggan mengambil pusing kerana baginya orang luar tidak tahu cerita sebenar.

admin