Bayi Dalam Kandungan Tak Bergerak, Sari Yanti Jalani Pembedahan

Tiada angin tiada ribut, hari ini Jep Sepahtu memaklumkan isterinya Sari Yanti yang hamil tiga bulan, bakal menjalani pembedahan apabila anak kedua mereka yang berada dalam kandungan sudah tidak bergerak lagi.

Menerusi Instagram, Jep memaklumkan berita sedih itu kepada peminat mereka. Selain itu, Jep juga memohon doa dari peminat semua agar proses pembedahan yang akan diadakan harini berjalan lancar.

“Minggu lepas abah bawa Eya teman mama pergi hospital tengok adik. Adik Eya dah masuk 3 bulan dah. Masa check up haritu doctor bagitau adik eya tak bergerak lagi dah. Doakan mama eya selamat operation harini ya,” tulisnya.

Diruangan komen pula, ramai meninggalkan komen mendoakan pasangan ini agar segala urusan dipermudahkan. Ada juga yang turut berkongsi pengalaman, mengalami keguguran dalam perut seperti Sari.

Takziah diucapkan buat Jep dan Sari, semoga urusan pembedahan berjalan dengan lancar dan selamat segalanya. Harapnya Jep dan Sari tabah mengharungi dugaan yang diberikan kali ini.

admin