“Doktor Sarankan Saya Rujuk Pakar Psikiatri”

Minggu lalu timbul kekecohan di media sosial apabila sebuah video menunjukkan seorang wanita berambut pendek mirip pelakon Fathia Latiff tersebar. Susulan penularan gambar tersebut, rata-rata peminatnya kecewa dan tertanya-tanya mengapa artis kesayangan mereka jadi begitu.

Bagaimanapun, baru-baru ini dalam satu temu bual khas bersama Kosmo!, Fathia mendedahkan tentang penyakit yang dihidapinya. Ujarnya, doktor turut menyarankannya merujuk dengan pakar psikiatri serta melakukan pemeriksaan berkaitan tahap mentalnya.

Namun, Fathia menegaskan dia lebih tahu tahap kesihatannya dan tidak memerlukan sebarang rawatan.

“Saya pernah dinasihatkan dan diarahkan doktor untuk mendapatkan rawatan berkenaan dengan gejala gangguan bipolar yang mungkin dialami.

“Saya tidak memerlukan itu semua dan memutuskan secara muktamad untuk tidak akan melakukannya. Lagipun saya tahu tahap kesihatan diri sendiri selain masih mampu menguruskan diri sendiri tanpa memerlukan sebarang rawatan.

“Justeru, sebelum ini, doktor ada sarankan saya untuk melakukan rawatan lanjut dan merujuk dengan pakar psikiatri, namun saya menolak untuk tidak berbuat demikian kerana tahu tahap kesihatan serta mentaliti diri sendiri,” ujarnya.

Apa pun diharap Fathia akan terbuka hati untuk melakukan rawatan kerana masih ramai peminat-peminat diluar sana yang masih menyayanginya dan sentiasa memberikan sokongan. Doakan yang baik-baik sahaja untuk Fathia.

admin