Gambar Terbaru Bukti Emma Maembong, Syed Abdullah Masih Bersama

Selepas kontroversi tidak lagi memakai tudung beberapa minggu lalu, ada khabar angin mengatakan yang Emma Maembong tidak lagi menjalin sebarang hubungan dengan Syed Abdullah.

Mereka berdua dilihat tidak lagi mengikuti akaun media sosial masing masing di Instagram selain memadam gambar mereka bersama yang menimbulkan pertanyaan tentang status hubungan mereka selepas apa yang terjadi.

Dalam kemaskini terbaru, Syed Abdullah memuatnaik sekeping gambar beliau bersama Emma Maembong hadir ke sebuah majlis perkahwinan yang dipercayai rakan mereka di Shah Alam.

Peminat rata rata menyambut baik perkembangan terbaru ini selain mendoakan yang mereka berdua ditakdirkan untuk berkahwin dengan segera.

“Boleh tak kalau nak sangat tengok Emma kahwin dengan Syed sebab anda berdua nampak sepadan sangat,” antara komen pengikut di Instagram.

Nampaknya ramai merestui hubungan Emma MAembong dan Syed Abdullah dan mana tahu mereka akan mendedahkan status hubungan mereka sebagai pasangan kekasih kelak, pasti ramai yang tidak sabar menanti perkahwinan mereka.

admin