Lagu Sufian Suhaimi Mula Viral Di Indonesia

Jika di laman YouTube lagu Di Matamu dendangan Sufian Suhaimi sudah mencecah lebih dari 53 juta tontonan, kini khabarnya lagu putus cinta itu sudah mulai viral di negara jiran, Indonesia pula.

Menerusi ruangan komen, ramai peminat Sufian dari Indonesia memaklumkan lagunya itu amat disukai di negara jiran. Bahkan ramai memuji alunan muzik lagu berkenaan hinggakan hari-hari mendengarnya!

Terdahulu persembahan lagu Di Matamu di malam AJL33 telah memukau mata peminat dengan persembahan yang begitu syahdu dan idea gimik yang hebat memaparkan props dari pelamin Elfira Loy.

Biarpun ramai yang mengkritik idea gimik yang digunakan Sufian, namun sejak hari pertama lagu Di Matamu berada di YouTube, lagu berkenaan telah mendahului tontonan paling ramai.

Untuk pengetahuan tidak ramai selebriti Malaysia yang mampu menembusi pasaran Indonesia, hanya sebilangan sahaja seperti Datuk Siti Nurhaliza, kumpulan Slam, Iklim dan Search.

admin